Khamis, 27 Februari 2014

mengenai supplement

salam semua....
supplement...
sekarang banyak sangat supplement yang ada kan....
sampai pening nak pilih mana yang terbaik tuk tubuh badan kita nie....
ieka nie boleh kata macam-macam supplement dah ambil...
alhamdulillah ada yang berkesan dan ada yang tak berkesan...
jenama apa?
biar je la...
dari mahal hingga yang murah ieka dah cuba...
but sekarang ieka dah stop dulu supplement...
dah fokuskan dulu ubat doktor...

nota kaki : rasa bulan depan taknak pi jumpa doktor...nak kurus dulu baru jumpa doktor...ok tak?

Nuffnang Premiere Screening – Labor Day

Nuffnang Premiere Screening – Labor Day

‘Two people who couldn’t go out into the world. So they made a world with each other.’

Wanna witness how an accident can bring a fugitive and a broken-hearted single mom together, and learn to love again in just a few days during a holiday weekend? Come join us at the Nuffnang Premiere Screening of Labor Day this March and find out for yourselves!
asdasdsacXZczx
Synopsis
“Labor Day” centers on 13-year-old Henry Wheeler, who struggles to be the man of his house and care for his reclusive mother Adele while confronting all the pangs of adolescence. 
LABOR DAY
On a back-to-school shopping trip, Henry and his mother encounter Frank Chambers, a man both intimidating and clearly in need of help, who convinces them to take him into their home and later is revealed to be an escaped prisoner. The events of this long Labor Day weekend will shape them for the rest of their lives.
ghjfjdfsghfsdgvdsfd
All thanks to United International Pictures , we have 20 pairs of exclusive passes up for grabs! Deets are as stated below:
Date: 11th March 2014 (Tuesday)
Time: 9PM
Venue: GSC, Mid Valley
Here’s how you can secure yourself with a pair of exclusive passes to watch this movie:
1. Tell us what do you think Kate Winslet and Josh Brolin are thinking/talking in the photo below :
asdfadfsfdvbsdvsvccxz
2. ‘Like’ Nuffnang’s Facebook page and ‘Follow’ Nuffnang’s Twitter.3. Leave your answer in the comment section below.
4. Remember to include your blog URL in your comment!
The deadline to submit your comments is at 28 February 2014 by 3PM.
Join in the contest right now! Time waits for no (wo)men yo! :D
nota kaki : rasa  macam nak join jer.....

Isnin, 24 Februari 2014

iklan baru...McD.....

salam dan selamat pagi semua....
wah...ieka dapat iklan baru hari nie....
iklan McD....
nak tengok tak....
okies tak...
iklan baru berjalan-jalan kat blog ieka nie....
jom kawan-kawan...
tulun yer...
tq so much...
muahhhh....

nota kaki : dapat iklan mcD teringin lak nak makan....

Ahad, 23 Februari 2014

first time update guna fon murah

Salam dan selamat petang....
Wah....
Ieka teruja sangat sebabnya.....
First time update guna fon murah...
Hihihihiiii....
Betol pe ieka cakap....
Fon yang ieka pakai nie murah ja...
Just S3 je....
Huhuhuhuuuu....
Betol kan....

Nota kaki : hari nie rasanya makan banyak sangat.....sori yee...update guna fon nie agak memeningkan cikit...huhuhuhuu

Rabu, 19 Februari 2014

tersentuh hati

salam dan selamat pagi....
untuk entry pagi nie....
tersentuh hati..
yer...
memang hari nie ieka betul-betul tersentuh hati...
dari semalam sampai ke hari nie....
hurm....

nota kaki : to encik suami....tolong bagi sedikit masa dan ruang....itu sahaja....

Selasa, 18 Februari 2014

running man

salam dan selamat makan tengah hari...
hari nie saja iek banyak dengan banyak nyer...
air masak minum sikit je...
tak boleh jadi nie...
so kena cari air masak nanti...
so nak dijadikan cerita...
RUNNING MAN...
mesti ramai peminat running man nie kan...
huhuhuhu...
iek minat giler tengok cerita nie...
if der masa lapang kat opis or kadang-kadang curi tengok cerita nie sambil buat keje...
siap download lagi but tak keseluruhan la....
der la beberapa episod yang download....
tue pun sebab cari subtitle bahasa inggeris...
majoriti subtitle vietnam n langsung tak ada subtitle...
huhuhuhu....

nota kaki : pagi tadi makan nasi ayam...minta tolong akak opis beli dua sebab nak makan petang nanti n malas nak turun pi kantin...nie lak dapat bihun goreng....macam mana yer...kira makan je la...hihihihi


Isnin, 17 Februari 2014

dietku musnah

salam dan last entry tuk hari nie...
hari nie tak sempat nak tulis entry sebenarnya...
banyak kerja yang perlu buat...
nie pun curi-curi update jap...
yup...
dietku musnah...
nie semua pasal encik suamiku la...
dia dok goda sangat suruh makan....
bukan apa...
alasannya kang kena gastrik balik kalau tak makan...
tak payah diet...
ayang macam nie pun abang tetap sayang...
huwaaaa...
macam mana tue.....
nak diet tapi encik suami goda jangan diet.....

nota kaki : hari nie balik lambat sikit...nak siapkan keje...esok dah kena bagi sign dah...jom bekerja...

Jumaat, 14 Februari 2014

bermula nya diet....

salam semua...
entry tuk tengah hari...
pagi tadi tak sempat nak update....
so nak dijadikan cerita ieka baru je start diet.....
pagi tadi makan la...
but start tengah hari nie kena stop sikit la bab makan nie....
nak slim la...
geram je tengok orang yang badan kecil pakai baju lawa-lawa...
lagipun der sesetengah bajau lama ieka dah tak bole pakai....
so kena kuatkan semangat tuk diet...
hope bulan nie turun gi berat nie...
hihihihih

nota kaki : spagetti der gi dalam peti ais...ingat nak goreng bagi encik suami makan....

Khamis, 13 Februari 2014

be careful with my heart

salam semua...
entry last untuk hari ini....
be careful with my heart...
cerita yang ieka langsung tak boleh nak tinggal...
suka sangat cerita nie...
besh sangat...
bukan apa...
bila tengok balik kan cerita nie memang ieka senyum sorang-sorang sebab der sesetengah tue teringat zaman cintan-cintun dengan PJJ dengan encik suami...
so sweet sangat....
terus terang cakap la...
tengok je cite tu automatik ieka senyum sorang-sorang....
tiba-tiba imbas kembali kisah lama-lama....
kenangan sangat tu.....
haih....
macam mana tue yer....

nota kaki : tetiba sedih...terasa hati tapi tak tau punca....

dunia nie kecil saja

salam semua.....
selamat makan tengah hari...
iek dah makan dah...
so nak dijadikan cerita masa makan tadi...
der makan dan borak-borak dengan akak opis gak...
so cite la hal-hal kat tempat keje lama dulu....
lepas tue dalam kepala ieka nie ha teringat yang akak nie pernah keje kat tempat nie...
mula la bertanya kenal tak dengan sorang kerani ni...
nama sekian sekian la kan...
dia cakap kenal dan orang tu bukan kerani...
tapi juruteknik...
dah meninggal.....
ieka tersenyum la dan bagitau orang tue sebenarnya arwah mak ieka....
terkejut dia bila ieka bagitau macam tue....
dunia nie kecil kan....
tak duga sangat....
saja tanya arwah mak dulu jenis macam mana kat opis...
dia bagitau yang arwah mak nie jenis diam jer n buat hal sendiri...
orang panggil kat arwah mak 'kak ani'...
kira ok la kan...
tersentuh gak tetiba sebut pasal arwah mak...
teringat lak.....
hurm....

nota kaki : rindu kat masakan arwah mak terutama masak lemak ikan kembung...sedap sangat..semoga arwah mak tenang di sana...bulan 5 nie cukup 10 tahun arwah mak tinggal kami semua....al-fatihah 

kaki gosip a.k.a radio buruk a.k.a ASTRO

salam dan selamat pagi....
wah...
macam best je kan tajuk entry kali nie....
kenapa?
sebab ieka pagi-pagi tadi dah bergosip....
tapi bergosip tentang kebaikan dan perkara yang betul....
kadang-kadang pikir gak salah ke kita bergosip?
salah ke?
tapi ieka nie jenis kaki gosip....
selalu gak gosip-gosip dengan encik suami pasal keje ieka nie....
dia dengar je....
kekadang ada yang dia setuju dan ada yang dia bangkang....
so nak dijadikan cerita....
pagi nie ieka gosip pasal keje dengan dak opis ieka gak....
tanya dia keje macammana....
ok ke....
so dia cerita la...
lepas tue mulanya gosip....
selalunya ieka kalau bergosip apatah lagi melibatkan hal keje ieka tutup pintu...
hari nie tak tutup la....
ntah la terdengar ke tak apa yang kitaorang gosip tue....
bila pikir balik biar je la...
dengar ke tak sebab bukan perkara yang salah...
secara terang nya perkara yang betul....
lantak la apa orang nak kata....
tapi rasa bersalah lak...
macam mana tue?

nota kaki : hari nie usaha bagi habiskan minum air masak sebanyak yang mungkin...jeles sebab encik suami minum air masak banyak...


Rabu, 12 Februari 2014

gila kuasa

salam...
sebelum balik ieka nak bagitahu nie
esok pagi sampai tengah hari ieka GILA KUASA jap....
sebab semua ada urusan yang perlu buat dan ieka dok pejabat je
tak ikut....
so bole GILA KUASA jap....
hihihihihihi

nota kaki : selalunya bole abiskan air masak dkat 3 kali botol air besar....tapi semalam dan hari tak sampai 1 botol pun...huhuhuhu...susah hati betul la...

kuih temosa...

salam dan selamat tengah hari..
kuih temosa..
nie sebab pegawai ieka sebut...
ieka tak cam sangat kuih temosa nie....
pegawai ieka siap perli la...
orang pantai timur tapi tak tau kuih temosa....
ieka pun chek la balik kuih temosa nie...
rupanya kuih temosa nie macam kuih karipap...
tapi inti je lain.....
teringat masa kecil dulu selalu makan kuih nie...
inti yang ieka ingat serunding ikan, kepala, lada hitam dan macam-macam la...
nie pun bila pegawai ieka sebut pasal inti kuih temosa nie....
baru la ieka ingat....
der tengok yang dalam blog yang resepi kuih temosa nie....
pegawai bagitau tue resepi yang telah diolah atau diperbaharui....
macam mana tu yer??

nota kaki : kepala sakit sangat...cuba bertahan...time lunch nanti kena tidur jap.....

Selasa, 11 Februari 2014

mengenai clomid dengan kesannya pada diri ini...

salam semua...
so tengah hari tadi ieka tak update entry sebab tido...
mengantuk sangat....
badan pun lemau jer....
lepas je bangun dak opis cawangan lain tegur nape pucat sangat muka...
wahh...
dah mula risau nie...
cepat-cepat pi tandas dan segarkan badan...
makan biskut n air masak....
lepas tue makan bihun sup pulak....
bukan satu mangkuk BUT DUA MANGKUK OKIES....
diulangi...
2 MANGKUK BIHUN SUP...
jadi tak nak menulis panjang-panjang sebab dah nak balik nie....
entry kali nie kita akan bincangkan tentang pil clomid...
wah.....
rasa macam doktor lak.....
ieka copy paste dari blog yer...


Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimana Clomid diambil

Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.


Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.

Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.
Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku  disebabkan rembesan hormon LH  yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.
Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.
SUMBER : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/240-apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-clomid.html

so sepanjang ieka makan pil clomid nie yang berlaku atas ieka adalah...
*dari pagi sampai petang dan kekadang sampai malam kepala sakit memanjang....
*tekak rasa mual dan perlukan makan kalau nak hilangkan mual...
*nafsu makan meningkat dengan jayanya...
*badan memang cukup panas but sebenarnya ieka rasa sejuk...
*malam bila nak tidur langsung tak leh dekat dengan kipas kalau tak susah nak bernafas...
*cepat letih dan mengantuk..

so itu lah ieka rasa bila mam pil clomid...
mungkin atas badang masing-masing kot....
der yang ok dan ada yang tak ok...
betol tak

nota kaki : balik nie rasanya makan lagi kot...nak ajak encik suami pi makan tempat biasa....tak abis lagi lepas rindu...

temujanji yang dipercepatkan..

salam dan selamat pagi semua...
pagi nie cuba buat yang terbaik walaupun tak berapa sihat sangat...
so nak dijadikan cerita semalam ieka dah pi hospital....
sebab apa ieka pi awal?
sebab mr. P ieka dah datang....
so terus la pi hospital...
sebelum jumpa doktor ambil berat dulu...
saja tanya nurse yang ambil berat naik ke sebab bulan yang ambil pil tu nafsu makan terlampau sangat tinggi..
nurse just senyum dan tengok yang bulan lepas dengan yang sekarang TURUN 1.1.KG
terkejut sangat bila nurse bagitau macam tue...
so bila kena panggil nama terus pi jumpa doktor..
doktor pun tanya semua la...
chek ieka...
buat ultrasound...
doktor pun bagitau x der masalah....
teruskan dengan pil clomid dengan asid folik....
ambil pil clomid mesti konsisten...
kalau makan pukul 1 petang sampai pil tu habis pun kena makan pukul 1 petang gak...
der bagitau pasal nafsu makan dengan sakit bawah perut dengan area ari-ari...
doktor pesan kawal makan n yang sakit tu just angin sahaja...
sambil cakap dia chek rekod yang lepas-lepas...
bagitau lagi perlu dengan suami dari tarikh bila ke bila...
selamat sangat suami dah dekat dengan ieka....
so kira ok la kan....
lepas tue ieka der tanya doktor kalau badan gemuk memang susah nak mengandung ke?
dia bagitau bukan semua yang berbadan besar macam ieka tak boleh mengandung...
der yang boleh cuma tahap kekuatan badan seseorang yang penting....
gi pun memang agak disarankan untuk turunkan sikit berat badan..
so kena diet lagi bagi turun....
hihihihihi....

nota kaki : dah start makan pil balik but kali nie kesan agak menyakitkan sebab kepala asyik sakit je sampai sekarang...asyik selesema je...huhuhuh

Jumaat, 7 Februari 2014

ubat a.k.a pil clomid

salam semua...
so time lunch macam nie kan...
betol-betol buat ieka mengantuk...
mana taknya...
baru lepas makan nasi guring...
rezeki untuk hari ini....
so nak cerite pasal entry yang ieka buat tadi kan...
sebenarnya ubat yang doktor bagi dekat ieka tu pil clomid dengan asid folik...
pil clomid dengan asid folik?
ieka rasa ramai kot yang tau pasal pil nie terutamanya yang dah berkahwin tapi masih lagi belum ada anak....
nie first time ieka ambil pil nie....
masa pi hospital bulan lepas tu macam biasa la ieka jumpa balik doktor ieka yang dekat 8 ke 9 bulan tak jumpa....
pi chek dan dia tanya masalah...
lepas tue dia tanya ieka sambil tengok fail ieka tue dah ada anak belum...
ieka jawab la belum lagi....
terus dia tanya lagi rancang anak ke....
ieka bagitau tak rancang pun....
lepas tue la dia terus chek dan tanya detail....
buat macam pap smear....
huhuhuhu...
tuhan je yang tau bila kena buat macam pap smear tue.....
sakit....
tanya gi last period dan chek kalendar...
siap bagitau kena dengan suami dari tarikh nie ke tarikh nie...
jangan tinggal....
bila dia bagitau macam tue terus terang cakap la malu sangat-sangat....
panas je rasa muka dan telinga nie....
dengan dia suruh ambil clomid n asid folik...
sehari 2 biji clomid dengan 1 biji asid folik....
ieka der chek bagi dalam internet tentang blogger yang pernah ambil pil clomid...
tuk first time ambil 1 biji je...
but ieka kena ambil 2 biji....
huhuhu...
kenapa yer....
der bagitau suami pasal hal nie...
suami kenakan ieka balik la....
ieka selalu sangat pi klinik or hospital bila dapat ubat langsung tak tanya untuk apa ubat tu diambil dan apa kesannya...
dah suami cakap macam tue ieka diam je la....
ingat nanti nak tanya doktor balik la...
boleh tak macam tue?

nota kaki : minggu nie paling memnatkan...tak tahu kenapa...selalu sangat cepat mengantuk...why???

6 hari lagi

salam semua..
semangat nak tulis entry lak...
hihihihi...
yup...
der gi 6 hari gi perjumpaan dengan doktor...
bulan lepas pi chek doktor....
doktor bagi ubat dengan chek la....
siap pesan bulan 2 nie mesti datang gi.....
nak kena chek lagi.....
takut sebenarnya nak pi lagi.....
sekarang nie pun kesihatan tak menentu....
kekadang ok kekadang tak sangat....
dulu sebelum mam ubat yang doktor bagi ieka jarang nak rasa macam nie sangat....
but start makan la der je yang tak kena.....
der juga chek ubat yang diberi dalam internet.....
hampir sama gak kesan yang diterima kat badan nie....
so cuba bertahan gak la sampai hari nak jumpa balik tue....
bole kan buat macam tue....

nota kaki : arinie musnah diet bila pagi tadi makan roti canai dan sekarang dapat nasi gureng kampung...rezeki untuk hari nie...alhamdulillah....

jom diet...

salam dan selamat pagi semua...
mulakan hari dengan senyuman yang paling manis sekali...
so nak dijadikan cerita hari nie....
hajat la nak diet balik....
but suami tak berapa bagi sangat la....
ieka nak diet gak...
nak buang lemak-lemak yang ada dalam badan nie....
nak cantik...
nak lawa...
so ieka nak diet gak...
ingat nak pujuk suami nak minta kebenaran tuk diet....
bukan diet macam dulu...
diet yang betul punya...
ikut jadual...
lagipun minggu depan jumpa doktor...
leh tanya pasal diet sekali...
hihihihi

nota kaki : pagi nie teringin nak makan oat....makanan kegemaranku dulu...nak makan oat balik....

Khamis, 6 Februari 2014

jangan merungut

salam semua...
so sebelum tamat entry tuk hari nie...
'JANGAN MERUNGUT'...
kenapa tajuk macam tue?
yer yer yer...
saya ieka suka sangat merungut
diakui oleh suami saya sendiri....
dulu bila jarang-jarang jumpa.....
automatik suami mesti cakap 'jangan merungut'..
sebenarnya ieka tak merungut cuma mengadu je.....
apa bezanya mengadu dengan merungut yer...
ieka rasa ada bezanya kot....
tapi itulah yang suami cakap kat ieka...
dulu ieka lain sangat...
jarang nak merungut..
bukan jarang but susahla nak dengar ieka merungut...
tapi sekarang kalau jumpa ja mesti banyak yang ieka rungutkan...
jadi macam mana tue yer...

nota kaki : sakit kepala tetiba datang...sakit belah kiri...kenapa yer?

lupa hari...

salam semua dan selamat pagi...
yer...
ieka minta maaf sangat-sangat sebab terlupa hari
sepatutny semalam hari rabu but ieka tulis hari selasa....
sori sangat yer...
ieka pun tak tau kenapa dengan ieka sekarang nie....
memanjang je lupa dan buat sesuatu kerja pun der je yang tak kena...
encik suami pun siap tegur...
asyik emo je bulan nie...
siap perli 'pembawakan budak ke'....
hadoi.....
if apa yang encik suami tu cakap betul alhamdulillah sangat-sangat...
syukur sangat-sangat kalau apa yang encik suami cakap tu betul....
so semua sori sangat-sangat yer semua....

nota kaki : pepagi dah breakfast limau...macam mana tue

Rabu, 5 Februari 2014

rumah sewa...

salam semua....
minggu nie paling memenatkan sebab nak cari rumah sewa....
encik suami ieka dapat tukar dari selatan ke utara....
sukanya.....
kira cepat gak la tukar...
macam mendadak lak dia dapat tukar nie....
mungkin rezeki kot...
alhamdulillah syukur sangat...
hope dapat cari sewa rumah cepat la....
kalau boleh biar dekat dengan tempat keje suami...
kesian lak nanti nak berulang dari tempat keje jauh...
betol kan......
so nak kemas-kemas tuk balik...
jumpa esok....
bubye semua.....


mengenai skype....

salam semua....
so tengah hari nie waktu lunch...
so nak curi-curi masa jap update blog...
hihihihihi....
der siapa-siapa tahu pasal skype tak?
der yang pandai guna a.k.a main skype tak?
der yang pengguna tegar skype tak?
sila angkat tangan tinggi nak tengok ramai tak yang tahu pasal skype nie....
hhihihihi
sebenarnya ieka nie baru je guna skype....
so tak tau sangat fungsi skype nie.....
pi la kat encik google nie chek fungsi skype nie....
jadi nie yang encik google bagi.....





jadi...
nie la skype ieka....
ieka.dyieana
so siapa-siapa nak add silakan la...
boleh tambah kawan dan teman...

nota kaki : penat, sakit pale, sakit badan, mual, semuanya la...hope bukan gastrik menyerang...risau nie...dah terlebih makan sekarang...huhuhuhu


untuk permulaan

salam semua...
sebagai permulaan dimulakan salam dan selamat pagi untuk semua blogger dan rakyat malaysia....
cewaahhh...
macam la der yang melihat blog nie yer....
so nak dijadikan cerita minggu nie agak memenatkan sedikat...
dengan kesihatan yang agak menganggu...
selesema dan kesejukkan serta terasa panas dalam yang dah hampir dekat 3 minggu....
masih lagi mampu bertahan....
bukan apa...
nak pi klinik atau hospital malasnyer.....
kang pi mesti kena tahan wad....
encik suami paksa pi but macam biasa la ieka nie kan degil sedikit...
gi pun temujanji dengan doktor kat hospital bagan minggu depan je
so baik pi temujanji yang tu kan.....
okies tak....
hihihihihihi...
so sekarang mau serabutkan kepala dahulu....
banyak yang perlu difikirkan....
tengah hari nanti ieka sambung balik yer....