Memaparkan catatan dengan label selasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selasa. Papar semua catatan

Selasa, 15 April 2014

sabun nata de coco

salam dan selamat petang...
time kelam kabut
nak balik nie umah nie...
hihihihi
nak update sikit pasal sabun nata de coco....
de yang sesiapa pernah guna sabun nata de coco tak....
sabun tu wangi.....
ieka baru je beli sabun nata de coco nie...
nak try.....
korang tau kan sabun nata de coco tue.....
sabun tue ieka kerat 4....
jimat cikit....
sekarang ngah kempen berjimat-cermat....
hihihihihi

nota kaki : sedih gi pasal fon bos hilang.....rasa kesian sangat-sangat.....

Selasa, 1 April 2014

barang yang perlu beli...

salam dan selamat pagi...
akat sini hujan...
sejuk je rasa....
besh kalau time macam nie golek-golek atas katil...
hihihihi
so berbalik entry kali nie....
barang yang perlu dibeli...
bila tengok balik banyak lak rasa....
so ieka senaraikan barang yang perlu dibeli yer...
sama-sama kita kaji perlu atau tidak...

1. langsir - setiap der tingkap
2. kerusi / sofa
3. meja
4.dapur gas
5.tikar getah - sebab lantai simen
6. karpert - letak kat ruang tamu
7. kabinet dapur
8. peti ais
9. tv
10. mesin basuh
11. set bilik tidur utama - dah ada
12.2 set bilik tidur bujang - just beli 2 tilam sebab 1 rangka katil dah ada, 2 almari baju kecil, 2 cermin besar dan 2 meja
13. iron - dah ada
14. papan iron
15. tilam bujang - extra sebab en suami suka tidur ruang tamu kalau letih sangat n letak kat bilik tidur 3
16. dvd
17.radio
18. set pinggan - dah ada
19. set cawan
20. set sudu dan garfu
21.set meja makan
22. penyapu - dah ada
23. mok lantai

so banyakkan yang perlu ada.....
yang ada sekarang nie je la...

1. set bilik tidur utama
2. iron
3.set pinggan

giler la kali nie.....
banyak tu nak beli...
tapi sekarang just beli yang perlu je....
dalam otak ieka nie target nak beli nie dulu....

1.langsir
2.tikar getah
3. mok lantai
4.sabun nak cuci rumah

kira ok la kan......
huwaaaaa........

nota kaki : kalau la encik nuffnang ieka nie der dalam rm3000 kan besh...bole beli separuh dulu...so kawan blogger semua...tulun-tulun yer...nanti ieka tulun-tulun klik gak.....sob...sob...sob...

Selasa, 18 Mac 2014

kalau tak mengumpat tak bole ke

salam dan selamat pagi.....
so entry tuk minggu nie...
entry tuk pagi nie....
yup...
topik panas...
MENGUMPAT......
terus terang cakap la....
kita nie khususnya WANITA nie memang suka mengumpat yer...
lelaki pun der gak jenis macam tue butyang paling hot semestinya WANITA...
bukan apa...
hal kecil pun dah boleh jadi mengumpat.....
hal makeup la....
hal masak la....
hal hias diri la...
semuanya boleh jadi mengumpat.....
betul tak...
kalau salah tolong maafkan saya yer....

nota kaki : hari nie bole la cikit....nak gerak aktif tak berapa bole sangat...but mana yang mampu

Selasa, 4 Mac 2014

CPC (Cost-per-click) Campaigns untuk bulan februari 2014

salam dan selamat petang...
wahhh...
entry lepas nak stop dah kan...
hihihi
nie semangat nak tulis entry balik nie...
tadi ieka chek nuffnang la.....
tetiba tengok angka RM naik...
chek la apa yang naiknya...
alhamdulillah naik dalam RM1.50...
macam ikut turun berat ieka je rasanya.......
apa-apa pun ieka ucapkan terima kasih kepada semua yang tolong klik iklan yang ada kat blog ieka....
nanti klik la lagi...
insyaallah ieka pun klik juga iklan korang.....

nota kaki : semangat nak masak esok pagi.....

makan banyak tapi berat turun...

salam...
so entry tuk petang nie sebelum balik
wahhh...
sebenarnya malas nak update entry sebab line tak berapa ok sangat
but tetap cuba gak nak update macam selalu...
so nak dijadikan cerita nie...
ieka nie jenis makan banyak sangat...
tue yang makin 'comel' tue...
hihihihihi
but sejak bulan lepas jumpa doktor berat ieka turun 1kg lebih...
pelik gak macam mana boleh turun sedangkan ieka makan lalu sangat
siap suruh nurse timbang balik
takut penimbang tue rosak....
hahahahahaa
but memang betul turun...
der bagitau doktor ieka lalu sangat makan
doktor chek n cakap la macam mana ieka boleh cakap macam tue sedangkan berat ieka turun...
wahhh...
macam mana tue....
no komen la kan...
seronok tue memang seronok la sebab turun berat badan but risau gak la....
huhuhuhuhu

nota kaki : dapat rasa berat badan bulan nie naik dengan jayanya...huhuhuhu

zaman dulu-dulu...

salam dan selamat pagi...
yup...
hari nie teringat zaman dulu-dulu...
zaman belajar dulu...
zaman kerja di putrajaya....
zaman bos kat sini sebelum dia tukar...
zaman sebelum kawen.....
wah...
banyak kan zaman-zaman ieka nie....
teringat sangat....
bukan apa....
bila ingat balik semua tue tetiba diri nie sedar sangat...
SEKARANG DIRI SAYA NIE DAH TAK TERURUS.....
huwaaaaaa......
tue yang teringat sangat tue...
so mulai esok....
dah tekad sangat KENA JAGA DIRI NIE BALIK....
dah rindu sangat orang panggil cik PA dengan CIKGU....
hihihihihihi....

nota kaki : rasa penat sangat hari nie.....

Selasa, 18 Februari 2014

running man

salam dan selamat makan tengah hari...
hari nie saja iek banyak dengan banyak nyer...
air masak minum sikit je...
tak boleh jadi nie...
so kena cari air masak nanti...
so nak dijadikan cerita...
RUNNING MAN...
mesti ramai peminat running man nie kan...
huhuhuhu...
iek minat giler tengok cerita nie...
if der masa lapang kat opis or kadang-kadang curi tengok cerita nie sambil buat keje...
siap download lagi but tak keseluruhan la....
der la beberapa episod yang download....
tue pun sebab cari subtitle bahasa inggeris...
majoriti subtitle vietnam n langsung tak ada subtitle...
huhuhuhu....

nota kaki : pagi tadi makan nasi ayam...minta tolong akak opis beli dua sebab nak makan petang nanti n malas nak turun pi kantin...nie lak dapat bihun goreng....macam mana yer...kira makan je la...hihihihi


Selasa, 11 Februari 2014

mengenai clomid dengan kesannya pada diri ini...

salam semua...
so tengah hari tadi ieka tak update entry sebab tido...
mengantuk sangat....
badan pun lemau jer....
lepas je bangun dak opis cawangan lain tegur nape pucat sangat muka...
wahh...
dah mula risau nie...
cepat-cepat pi tandas dan segarkan badan...
makan biskut n air masak....
lepas tue makan bihun sup pulak....
bukan satu mangkuk BUT DUA MANGKUK OKIES....
diulangi...
2 MANGKUK BIHUN SUP...
jadi tak nak menulis panjang-panjang sebab dah nak balik nie....
entry kali nie kita akan bincangkan tentang pil clomid...
wah.....
rasa macam doktor lak.....
ieka copy paste dari blog yer...


Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimana Clomid diambil

Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.


Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.

Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.
Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku  disebabkan rembesan hormon LH  yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.
Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.
SUMBER : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/240-apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-clomid.html

so sepanjang ieka makan pil clomid nie yang berlaku atas ieka adalah...
*dari pagi sampai petang dan kekadang sampai malam kepala sakit memanjang....
*tekak rasa mual dan perlukan makan kalau nak hilangkan mual...
*nafsu makan meningkat dengan jayanya...
*badan memang cukup panas but sebenarnya ieka rasa sejuk...
*malam bila nak tidur langsung tak leh dekat dengan kipas kalau tak susah nak bernafas...
*cepat letih dan mengantuk..

so itu lah ieka rasa bila mam pil clomid...
mungkin atas badang masing-masing kot....
der yang ok dan ada yang tak ok...
betol tak

nota kaki : balik nie rasanya makan lagi kot...nak ajak encik suami pi makan tempat biasa....tak abis lagi lepas rindu...

temujanji yang dipercepatkan..

salam dan selamat pagi semua...
pagi nie cuba buat yang terbaik walaupun tak berapa sihat sangat...
so nak dijadikan cerita semalam ieka dah pi hospital....
sebab apa ieka pi awal?
sebab mr. P ieka dah datang....
so terus la pi hospital...
sebelum jumpa doktor ambil berat dulu...
saja tanya nurse yang ambil berat naik ke sebab bulan yang ambil pil tu nafsu makan terlampau sangat tinggi..
nurse just senyum dan tengok yang bulan lepas dengan yang sekarang TURUN 1.1.KG
terkejut sangat bila nurse bagitau macam tue...
so bila kena panggil nama terus pi jumpa doktor..
doktor pun tanya semua la...
chek ieka...
buat ultrasound...
doktor pun bagitau x der masalah....
teruskan dengan pil clomid dengan asid folik....
ambil pil clomid mesti konsisten...
kalau makan pukul 1 petang sampai pil tu habis pun kena makan pukul 1 petang gak...
der bagitau pasal nafsu makan dengan sakit bawah perut dengan area ari-ari...
doktor pesan kawal makan n yang sakit tu just angin sahaja...
sambil cakap dia chek rekod yang lepas-lepas...
bagitau lagi perlu dengan suami dari tarikh bila ke bila...
selamat sangat suami dah dekat dengan ieka....
so kira ok la kan....
lepas tue ieka der tanya doktor kalau badan gemuk memang susah nak mengandung ke?
dia bagitau bukan semua yang berbadan besar macam ieka tak boleh mengandung...
der yang boleh cuma tahap kekuatan badan seseorang yang penting....
gi pun memang agak disarankan untuk turunkan sikit berat badan..
so kena diet lagi bagi turun....
hihihihihi....

nota kaki : dah start makan pil balik but kali nie kesan agak menyakitkan sebab kepala asyik sakit je sampai sekarang...asyik selesema je...huhuhuh

Rabu, 5 Februari 2014

rumah sewa...

salam semua....
minggu nie paling memenatkan sebab nak cari rumah sewa....
encik suami ieka dapat tukar dari selatan ke utara....
sukanya.....
kira cepat gak la tukar...
macam mendadak lak dia dapat tukar nie....
mungkin rezeki kot...
alhamdulillah syukur sangat...
hope dapat cari sewa rumah cepat la....
kalau boleh biar dekat dengan tempat keje suami...
kesian lak nanti nak berulang dari tempat keje jauh...
betol kan......
so nak kemas-kemas tuk balik...
jumpa esok....
bubye semua.....


mengenai skype....

salam semua....
so tengah hari nie waktu lunch...
so nak curi-curi masa jap update blog...
hihihihihi....
der siapa-siapa tahu pasal skype tak?
der yang pandai guna a.k.a main skype tak?
der yang pengguna tegar skype tak?
sila angkat tangan tinggi nak tengok ramai tak yang tahu pasal skype nie....
hhihihihi
sebenarnya ieka nie baru je guna skype....
so tak tau sangat fungsi skype nie.....
pi la kat encik google nie chek fungsi skype nie....
jadi nie yang encik google bagi.....





jadi...
nie la skype ieka....
ieka.dyieana
so siapa-siapa nak add silakan la...
boleh tambah kawan dan teman...

nota kaki : penat, sakit pale, sakit badan, mual, semuanya la...hope bukan gastrik menyerang...risau nie...dah terlebih makan sekarang...huhuhuhu