Memaparkan catatan dengan label time nak balik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label time nak balik. Papar semua catatan

Rabu, 23 April 2014

kerja yang bertimbun....

salam dan selamat petang...
update sebelum balik...
wahhh...
terus-terang cakap minggu nie paling sibuk la....
macam-macam sampai dan urgent nak kena buat...
penat tue...
but sekurang-kurangnya ok la sikit kan.....
der gak kerja nak kena buat
tapi walaupun der kerja nak kena buat tetap ada orang yang tak puas hati...
susahkan bila jadi macam tue....
korang sedih tak?
ieka nie lagi la sedih.....
huhuhuhu

nota kaki : der dapat blogbuster tapi tarikh deadline dah tamat...blogbuster tu apa yer?? der yang boleh terangkan tak?

Isnin, 21 April 2014

sempat ke nak cash duit dari encik nuffnang untuk bulan april 2014?

salam dan selamat petang...
yup...
hari nie cerita pasal encik nuffnang punya duit....
otak dah pikir nie....
sempat ke nak cash duit dari encik nuffnang nie.....
hihihihihi...
ala.....
cash pun bukannya banyak macam korang pun...
50 hengget je....
sekarang baru der 40 hengget lebih la.....
biasa la kan.....
baru nak berblog balik.....
hati dah cukup risau lak...
sempat ke nak merasa duit dari encik nuffnang nie.....
berharap tak sangat la tapi nak gak rasa terima cek bulan nie....
hihihihi...
agak-agak korang sempat ke tuk bulan nie?

nota kaki : kelopak mata pedih...asyik tonyok je...gatal.....enscik suami bising...kang bertambah rabun dia cakap...huhuhuhu

Khamis, 17 April 2014

depan baik tapi belakang........................

salam dan selamat petang....
tengah hot and spicy nie
depan baik tapi belakang...............
tolong sambung la yer kalau der yang tahu dan paham....
nie situasi...

masa calling encik suami
ieka : abg....apa nie....kenapa teruk sangat yer...
encik suami : apa yang teruknya?
ieka : budak opis nie la...teruk la...suka bawa mulut....cite bukan-bukan pasal ayg..pesal yer?
encik suami : abg malas nak cakap la pasal nie...abg bukan boleh masuk campur pasal hal nie....
ieka : bukan apa bang...abang tak marah ker orang dok cite macam nie pasal bini abg...burukkan pasal bini abg...cite yang bukan-bukan..abg tak marah ker?
encik suami : marah tue memang marah tapi abg boleh buat apa? nie hal peribadi..kalau hal kerja mungkin abg boleh masuk campur...buat aduan...
ieka : tak kan buat aduan lak bang?
encik suami : dah tue..nak abg buat apa?
ieka : abg nie sama je...majuk kan abg (terus letak tepon)

so apa bole nak kata sekarang....
terus-terang cakap la....
hati sapa tak sakit...
bukan main baik depan kita nie...
mulut manis macam gula...
tapi...
bila belakang kita....
tanduk setan tu ntah berapa tumbuh kat kepala.....
cite tak betul pasal diri kita..
insafla sikit....
ieka pun mengaku ieka pun bukannya baik sangat...
tapi sekurangnya ieka tahu tahap ieka nie kat mana....
nie nak kutuk dari atas sampai bawah...
sampai kutuk pasal makan, pakaian, kasut....
wahhh....
memang melampau sangat la.....
lagi la panas hati nie....
paling ieka pantang...
pasal kerja yang ieka buat sekarang....
jangan pertikai....
nie kerja ieka.....
ieka tahu kerja ieka macam mana.....
dah tau der kerja banyak buat je la....
tak perlu cakap pasal kerja ieka.....
ieka pun jarang nak masuk campur pasal kerja orang lain.....
ieka cukup tak suka!!!!
tak suka sangat!!!!
bencinya!!!!!

nota kaki : tadi masa kat tempat PA bos no 2 nak bagi dokumen tetiba lak PA bos no 2 cakap suruh ambil aura kat tempat dia....wahhh...seramnye...jangan la jadi macam tue yer

Selasa, 15 April 2014

sabun nata de coco

salam dan selamat petang...
time kelam kabut
nak balik nie umah nie...
hihihihi
nak update sikit pasal sabun nata de coco....
de yang sesiapa pernah guna sabun nata de coco tak....
sabun tu wangi.....
ieka baru je beli sabun nata de coco nie...
nak try.....
korang tau kan sabun nata de coco tue.....
sabun tue ieka kerat 4....
jimat cikit....
sekarang ngah kempen berjimat-cermat....
hihihihihi

nota kaki : sedih gi pasal fon bos hilang.....rasa kesian sangat-sangat.....

Rabu, 26 Mac 2014

terima kasih abang

salam dan selamat petang...
nak cite sikit pasal encik suami....
sorang perangai macam nie
serang perangai macam nie.....
but yang ieka nampak la encik suami la yang paling sabar dengan kerenah ieka...
sabar time ieka sakit
sabar time ieka merajuk...
sabar time ieka tengah bebal....
sabar time ieka nangis tak hingat dunia....
semuanya la.....
ingat gi time ieka masuk hospital....
tiap2 hari datang tengok ieka.....
betul-betul jaga ieka time tue.....
time ieka demam dan menangis sebab tak tahan panas....
encik suami sentiasa pegang tuala basah lap badan ieka tuk ieka rasa sejuk....
bole nampak dari situ ieka tak risau sangat sekiranya perkara yang tak diingin berlaku kat diri ieka insyaallah encik suami akan jaga ieka sebaik mungkin.....
pernah gak ieka tanya encik suami kalau jodoh kami berdua tak panjang (salah seorang pergi dahulu) dia cari lain ker....
encik suami diam jap lepas tue baru cakap....

"nak jaga ayang pun susah...memanjang sakit...tapi tak per abang tetap sayang...kalau ayang dah tak ada mungkin abang fikir banyak kali kot tuk ganti tempat ayang sebab rasa serik lak bila jaga pompuan nie...banyak kerenah...jiwa kacau..tapi tak tau la macam mana nanti...."

so der ke patut encik suami cakap macam tue....
but ieka tau dia cakap macam tue sebab time tue ieka sakit n di hospital....
sambil cakap dia dok gelak-gelak...
nampak sangat berguraunya....
ieka ingat semua yang dia cakap tue kat ieka....
sebab nampak sangat kesungguhan dia jaga ieka.....

untuk suamiku encik H a.k.a my hubby
terima kasih sebab sudi terima diri ayang tak tak seberapa nie...
terima kasih sebab cukup bersabar dengan perangai ayang yang agak-agak gila nie....
terima kasih sebab abg sudi jadi 'suami' a.k.a 'teman hidup' bagi diri ayang.....
sayang abang banyak-banyak....

nota kaki : sedih sebab malam nie encik suami balik KL pi hantar isteri no 2 a.k.a motor bosau dia masuk kilang tuk diservis....

Rabu, 12 Mac 2014

RM1.25

salam dan selamat petang...
akhirnya boleh gak update entry.....
so tadi chek nuffnang...
nak gi walaupun tak banyak...
just RM1.25...
syukur sangat.....
terima kasih yer...

nota kaki : bulan nie cycle ke 3 bagi pengambilan clomid....but bulan yang paling teruk sebab kesihatan mula terganggu

Rabu, 5 Mac 2014

tak sihat

salam...
entry tuk hari nie sambil tunggu encik suami datang ambil....
2 - 3 hari nie ieka tak berapa sihat sangat
badan asyik panas je
kepala je memanjang sakit...
kesian kat encik suami la tiap-tiap malam kena picit pale ieka...
bukannya mengada but dah betul-betul sakit...
semalam memang agak teruk la....
sakit pale tambah dengan muntah...
wahhhhh
cukup memeritkan time tue....
ye la kan....
langsung tak duga jadi macam tue...
memang merengek la ieka.....
just tak nangis je.....
encik suami ajak pi klinik but eika degil...
tak mo pi...
niat minggu depan baru nak pi hospital balik
hope sangat dapat bertahan

nota kaki : esok malam da dinner...nak pakai baju apa yer...

Selasa, 4 Mac 2014

CPC (Cost-per-click) Campaigns untuk bulan februari 2014

salam dan selamat petang...
wahhh...
entry lepas nak stop dah kan...
hihihi
nie semangat nak tulis entry balik nie...
tadi ieka chek nuffnang la.....
tetiba tengok angka RM naik...
chek la apa yang naiknya...
alhamdulillah naik dalam RM1.50...
macam ikut turun berat ieka je rasanya.......
apa-apa pun ieka ucapkan terima kasih kepada semua yang tolong klik iklan yang ada kat blog ieka....
nanti klik la lagi...
insyaallah ieka pun klik juga iklan korang.....

nota kaki : semangat nak masak esok pagi.....

Khamis, 13 Februari 2014

be careful with my heart

salam semua...
entry last untuk hari ini....
be careful with my heart...
cerita yang ieka langsung tak boleh nak tinggal...
suka sangat cerita nie...
besh sangat...
bukan apa...
bila tengok balik kan cerita nie memang ieka senyum sorang-sorang sebab der sesetengah tue teringat zaman cintan-cintun dengan PJJ dengan encik suami...
so sweet sangat....
terus terang cakap la...
tengok je cite tu automatik ieka senyum sorang-sorang....
tiba-tiba imbas kembali kisah lama-lama....
kenangan sangat tu.....
haih....
macam mana tue yer....

nota kaki : tetiba sedih...terasa hati tapi tak tau punca....

Rabu, 12 Februari 2014

gila kuasa

salam...
sebelum balik ieka nak bagitahu nie
esok pagi sampai tengah hari ieka GILA KUASA jap....
sebab semua ada urusan yang perlu buat dan ieka dok pejabat je
tak ikut....
so bole GILA KUASA jap....
hihihihihihi

nota kaki : selalunya bole abiskan air masak dkat 3 kali botol air besar....tapi semalam dan hari tak sampai 1 botol pun...huhuhuhu...susah hati betul la...

Selasa, 11 Februari 2014

mengenai clomid dengan kesannya pada diri ini...

salam semua...
so tengah hari tadi ieka tak update entry sebab tido...
mengantuk sangat....
badan pun lemau jer....
lepas je bangun dak opis cawangan lain tegur nape pucat sangat muka...
wahh...
dah mula risau nie...
cepat-cepat pi tandas dan segarkan badan...
makan biskut n air masak....
lepas tue makan bihun sup pulak....
bukan satu mangkuk BUT DUA MANGKUK OKIES....
diulangi...
2 MANGKUK BIHUN SUP...
jadi tak nak menulis panjang-panjang sebab dah nak balik nie....
entry kali nie kita akan bincangkan tentang pil clomid...
wah.....
rasa macam doktor lak.....
ieka copy paste dari blog yer...


Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimana Clomid diambil

Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.


Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.

Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.
Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku  disebabkan rembesan hormon LH  yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.
Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.
SUMBER : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/240-apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-clomid.html

so sepanjang ieka makan pil clomid nie yang berlaku atas ieka adalah...
*dari pagi sampai petang dan kekadang sampai malam kepala sakit memanjang....
*tekak rasa mual dan perlukan makan kalau nak hilangkan mual...
*nafsu makan meningkat dengan jayanya...
*badan memang cukup panas but sebenarnya ieka rasa sejuk...
*malam bila nak tidur langsung tak leh dekat dengan kipas kalau tak susah nak bernafas...
*cepat letih dan mengantuk..

so itu lah ieka rasa bila mam pil clomid...
mungkin atas badang masing-masing kot....
der yang ok dan ada yang tak ok...
betol tak

nota kaki : balik nie rasanya makan lagi kot...nak ajak encik suami pi makan tempat biasa....tak abis lagi lepas rindu...

Khamis, 6 Februari 2014

jangan merungut

salam semua...
so sebelum tamat entry tuk hari nie...
'JANGAN MERUNGUT'...
kenapa tajuk macam tue?
yer yer yer...
saya ieka suka sangat merungut
diakui oleh suami saya sendiri....
dulu bila jarang-jarang jumpa.....
automatik suami mesti cakap 'jangan merungut'..
sebenarnya ieka tak merungut cuma mengadu je.....
apa bezanya mengadu dengan merungut yer...
ieka rasa ada bezanya kot....
tapi itulah yang suami cakap kat ieka...
dulu ieka lain sangat...
jarang nak merungut..
bukan jarang but susahla nak dengar ieka merungut...
tapi sekarang kalau jumpa ja mesti banyak yang ieka rungutkan...
jadi macam mana tue yer...

nota kaki : sakit kepala tetiba datang...sakit belah kiri...kenapa yer?

Rabu, 5 Februari 2014

rumah sewa...

salam semua....
minggu nie paling memenatkan sebab nak cari rumah sewa....
encik suami ieka dapat tukar dari selatan ke utara....
sukanya.....
kira cepat gak la tukar...
macam mendadak lak dia dapat tukar nie....
mungkin rezeki kot...
alhamdulillah syukur sangat...
hope dapat cari sewa rumah cepat la....
kalau boleh biar dekat dengan tempat keje suami...
kesian lak nanti nak berulang dari tempat keje jauh...
betol kan......
so nak kemas-kemas tuk balik...
jumpa esok....
bubye semua.....