Selasa, 11 Februari 2014

mengenai clomid dengan kesannya pada diri ini...

salam semua...
so tengah hari tadi ieka tak update entry sebab tido...
mengantuk sangat....
badan pun lemau jer....
lepas je bangun dak opis cawangan lain tegur nape pucat sangat muka...
wahh...
dah mula risau nie...
cepat-cepat pi tandas dan segarkan badan...
makan biskut n air masak....
lepas tue makan bihun sup pulak....
bukan satu mangkuk BUT DUA MANGKUK OKIES....
diulangi...
2 MANGKUK BIHUN SUP...
jadi tak nak menulis panjang-panjang sebab dah nak balik nie....
entry kali nie kita akan bincangkan tentang pil clomid...
wah.....
rasa macam doktor lak.....
ieka copy paste dari blog yer...


Clomid and Clomiphene Citrate ialah ubat kesuburan yang paling terkenal dan mungkin kerana ia adalah yang paling kerap digunakan. Dianggarkan 30% dari kes infertiliti yang melibatkan masalah dengan ovulasi, menggunakan clomid sebagai rawatan kesuburan.

Clomid adalah berbentuk pil menjadikan ia amat mudah diambil, murah dan berkesan dalam merangsang ovulasi.

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakan pembentukan dan pertumbuhan folikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Bagaimana Clomid diambil

Dos yang paling minima adalah 50 mg sehari diambil selama lima hari berturut-turut iaitu pada hari ke 2 atau 3 sehingga hari ke 6 atau 7 kitaran haid anda. Walau bagaimanapun doktor anda mungkin mempunyai protokol yang berbeza untuk anda kerana reaksi pesakit terhadap Clomid berbeza di antara seorang dengan yang lain.

Jika 50 mg tidak efektif, doktor anda mungkin akan meningkatkan dos clomid pada kitaran haid seterusnya, sehingga dos maksima iaitu 200 mg sehari sekiranya anda masih tidak responsif.

Kesan-kesan sampingan dengan pengambilan Clomid kebanyakan agak ringan iaitu kepanasan, perubahan emosi dan rasa loya. Ia akan hilang dengan segera sebaik sahaja dihentikan pengambilannya. Begitu juga dengan risiko untuk mendapatkan anak kembar tidaklah tinggi iaitu kurang dari 10%.

Terdapat kesan sampingan yang kurang baik iaitu clomid boleh mengurangkan kualiti mukus serviks. Keadaan ini menjadikan ia lebih pekat dan boleh menyukarkan laluan kepada sperma untuk memasuki rahim. Terdapat juga kes di mana ia juga boleh menyebabkan lapisan rahim nipis dan kurang sesuai untuk implantasi. Walau bagaimanapun ia cuma terjadi pada sesetengah wanita sahaja.

Hasil kajian menunjukkan Clomid telah merangsang ovulasi sebanyak 80% daripada pesakit dan dianggarkan 40% daripada wanita yang menggunakan Clomid akan hamil dalam tempoh enam kitaran haid.

Penggunaan Clomid untuk lebih daripada enam kitaran adalah tidak digalakkan. Ini kerana kadar kehamilan yang menurun secara mendadak selepas 4 kitaran.

Kebal terhadap Clomid

Terdapat keadaan di mana pesakit masih tidak mengalami ovulasi walaupun dos yang diambil sudah mencapai takat maksima. Ini menunjukkan badan pesakit tidak bertindak balas terhadap clomid sebagaimana yang sepatutnya. Keadaan sedemikian selalunya terjadi pada pesakit PCOS yang mempunyai tahap hormon DHEAS yang tinggi dan mereka yang kebal terhadap insulin.

Ia juga lebih kerap terjadi pada mereka yang mempunyai BMI (Body Mass Index) lebih daripada 27 dan pesakit yang mengalami hyperprolactinemia.


Rawatan bagi kebal terhadap Clomid

Bagi mereka yang mengalami PCOS, rawatan mengunakan ubat Metformin mungkin akan disarankan. Sebaik-baiknya ubat ini dimakan untuk 3 hingga 6 bulan sebelum cuba mengambil clomid semula. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa selain meningkatkan kadar ovulasi, pengambilan metformin dan Clomid dalam masa yang sama boleh meningkatkan kadar kehamilan dan mengurangkan risiko keguguran.

Jika BMI anda adalah lebih daripada 27, doktor anda mungkin mencadangkan agar anda mengurangkan berat badan sebelum mencuba semula Clomid. Kekurangan 10% daripada berat badan semasa anda boleh meningkatkan keberkesanan Clomid.

Bagi mereka yang mempunyai hyperprolectinemia pula, rawatan dengan Bromocriptine atau Dostinex akan diberikan. Ia boleh diambil sama ada secara bersendirian atau gabungan dengan Clomid bagi membolehkan peningkatan kadar ovulasi.

Bagi pesakit PCOS yang mempunyai tahap DHEAs yang tinggi, doktor mungkin akan menyarankan pengunaan ubat dexamethasone untuk mengurangkan tahap rembesan hormon dan seterusnya menjana pertumbuhan folikel.

Ovarian drilling adalah satu pembedahan yang kerap disarankan kepada mereka yang kebal terhadap Clomid, tetapi rawatan ini selalunya dibuat sebagai jalan terakhir kerana ia  melibatkan risiko komplikasi pembedahan. Jika doktor anda mencadangkan Ovarian drilling (dimana ovari anda akan ditebuk untuk memecahkan cyst) anda dinasihatkan mempersoalkan pilihan itu kerana terdapat pilihan lain yang lebih mudah dan selamat.

Salah satu cara tambahan kepada mereka yang kebal terhadap clomid ialah dengan memberikan ubat pil perancang selama 1 hingga 2 bulan sebelum mencuba clomid semula. Walaupun preskripsi ini agak bertentangan kerana ia mencegah ovulasi dari berlaku, tetapi kajian perubatan telah menunjukkan hasil yang baik iaitu lebih dari 65% daripada wanita kebal Clomid mengalami ovulasi selepas rawatan ini. Ini mungkin disebabkan pil perancang boleh menstabilkan ketidakseimbangan hormon dan seterusnya merangsang kematangan telur.

Rawatan Lain

Jika pilihan-pilihan di atas masih tidak berhasil mematang telur, doktor mungkin mencadangkan anda untuk mencuba ubat-ubatan rangsangan ovari yang lain seperti Letrozole (FEMARA). Kajian perubatan menunjukkan bahawa Letrozole boleh mendorong ovulasi pada sesetengah wanita PCOS yang tidak bertindak balas kepada Clomid.

Walau bagaimanapun Letrozole tidak dipasarkan sebagai ubat kesuburan kerana kesan sampingan masih belum jelas seperti kecacatan terhadap janin jika terambil semasa mengandung. Ia masih lagi dalam peringkat penyelidikan.
Terdapat juga kes yang jarang berlaku di mana semasa pemeriksaan ultrasounds dijalankan ovari menunjukkan tanda folikel matang tetapi ovulasi tidak juga terjadi. Keadaan berlaku  disebabkan rembesan hormon LH  yang tidak cukup tinggi untuk meransang pengeluaran telur. Dalam kes ini, doktor anda mungkin akan memberikan suntikan hCG (yang bertindak sama dengan LH) untuk memecahkan folikel dan menjurus kepada ovulasi.
Pilihan lain untuk merawat kebal terhadap Clomid termasuklah terapi gonadotropin dalam dos rendah dengan atau tanpa rawatan IUI. Ini termasuk ubat-ubatan seperti Gonal-F, Pergonal dan Perugon. Ubat-ubatan ini adalah lebih mahal dan mempunyai lebih banyak kesan sampingan daripada Clomid, tetapi mereka sangat berkesan sebagai rawatan ovulasi apabila Clomid gagal berfungsi.
SUMBER : http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/sukar-hamil/240-apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-clomid.html

so sepanjang ieka makan pil clomid nie yang berlaku atas ieka adalah...
*dari pagi sampai petang dan kekadang sampai malam kepala sakit memanjang....
*tekak rasa mual dan perlukan makan kalau nak hilangkan mual...
*nafsu makan meningkat dengan jayanya...
*badan memang cukup panas but sebenarnya ieka rasa sejuk...
*malam bila nak tidur langsung tak leh dekat dengan kipas kalau tak susah nak bernafas...
*cepat letih dan mengantuk..

so itu lah ieka rasa bila mam pil clomid...
mungkin atas badang masing-masing kot....
der yang ok dan ada yang tak ok...
betol tak

nota kaki : balik nie rasanya makan lagi kot...nak ajak encik suami pi makan tempat biasa....tak abis lagi lepas rindu...

2 ulasan:

  1. waa.... info yang menarik la kak.. hihihi

    BalasPadam
  2. sy pun mkn clomid mengantuk dan sakit kepala sampai ptg. mmg rasa lapar memanjang hihi

    BalasPadam